Saturday, 29 October 2011

edisi muslimah (wasiat rasulullah s.a.w)-Jangan berbuat dosa besar

RASULULLAH S.A.W bersabda :

     " Jauhkanlah olehmu tujuh kejahatan yang membinasakan."
     Para sahabat bertanya : " Apakah tujuh kejahatan yang
     membinasakan itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda :
     " Mempersukutukan Allah, mengamalkan sihir, menghi-
     langkan nyawa seseorang yang diharamkan Allah, kecuali
     dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, mel-
     rikan diri pada waktu dalam peperangan dan menuduh
     berzina, perempuan2 mukminah yang suci dan
     terpelihara."
                                                             (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain pula diterangkan :

"Mahukah saya khabarkan kepadamu tentang dosa yang paling besar diantara dosa besar?

Iaitu : Mempersukutukan Allah, derhaka kepada ibu bapa dan perkataan yang keji atau jahat.
                                                                                                             ( HR. Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis2 diatas, dalam kitab Al-Kabir Ad-Dzahabi disebutkan bahawa di antara dosa2 besar itu ialah :
1- mempersukutukan Allah.
2- menghilangkan nyawa orang mukmin dengan sengaja (membunuh).
3- mengamalkan sihir.
4- meninggalkan solat.
5- tidak mengeluarkan zakat.
6- sengaja berbuka puasa di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa uzur.
7- tidak menunaikan ibadah haji, padahal mempunyai kemapuan yang cukup untuk menunaikannya.
8- derhaka kepada ibu bapa.
9- memutuskan hubungan sillaturrahim.
10- melakukan homoseks.
11- makan riba.
12- memakan harta anak yatim secara zalim.
13- berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya.
14- melarikan diri dari peperangan melawan orang2 yang kafir, sedangkan waktu itu kekuatan musuh seimbang dengan kekuatan barisan umat Islam.
15- pemimpin yang meniru dan menganiaya rakyat.
16- takbur, ujub , bermegah-megah dan sombong.
17- menjadi saksi palsu.
18- minum minuman yang memabukkan.
19- menuduh orang lain bezina.
20- khianat.
21- mencuri atau merompak.
22- sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain.
23- menganiaya sesama manusia tanpa hak.
24- mencari dan memakan barang yang haram.
25- membunuh diri.
26- berbohong dan berdusta.
27- memberi dan menerima rasuah.
28- tidak menghukum dengan hukuman yang benar.
29- perempuan yang menyerupai lelaki dan begitu juga sebaliknya.
30- tidak menjaga kehormatan diri dan keluarga.
31- berzina.
32- riya'
33- menuntut ilmu semata-mata kerana dunia dan menyembunyikan ilmu pengetahuan.
34- tidak percaya takdir Allah.
35- suka mengadu-ngadu, mebawa fitnah untuk merosakkan hubungan orang lain.
36- membenarkan tukang sihir.
37- derhaka terhadap suami.
38- menampar-nampar pipi, mengoyakkan kain dan sebagainya sewaktu ditimpa musibah.
39- berlaku kasar terhadap fakir miskin.
40- menyakiti hati jiran atau tetangga.
41- menyembelih bukan atas nama Allah.
42- mengurangi timbangan.
43- tidak takut kepada azab pada hari kiamat serta tidak mengharapkan pengampunan Allah.
44- terus meninggalkan solat jemaah tanpa uzur.

No comments:

Post a Comment